iklan

taska prima asuhanku


penjagaan baby


Menguasai Asas-asas Kemahiran Penjagaan Bayi


Jika bayi anda merupakan cahayamata pertama, tingkah laku bayi anda pada sekitar minggu pertama mungkin menjadi satu misteri kepada anda. Namun, lambat-laun anda akan mula memahami sikap dan tingkah lakunya. Kebanyakan ibu bapa, terutamanya bapa, berasa gentar untuk memegang bayi yang baru lahir kerana takut bayi akan terlepas dari pegangannya. Jadi , anda haruslah bersikap tenang kerana naluri dan sifat kasih sayang anda terhadap bayi akan menjadi panduan dalam membantu anda mengharungi pengalaman yang baru dan indah ini. Sebenarnya tidak sukar untuk menguasai asas-asas kemahiran penjagaan bayi. Justeru itulah, kami akan membantu anda dalam memberi pelbagai panduan berguna agar anda lebih mahir dan yakin dalam menjaga dan mengasuh anak anda.


Cara Memegang Bayi



Ia merupakan naluri semulajadi seorang ibu untuk mendukung bayinya rapat kea rah tubuh badannya, bercakap dengan lembut sambil merenung wajah dan matanya dengan penuh kasih sayang. Bayi yang baru lahir ini akan berasa lebih selesa apabila dia sentiasa didakap, belay dan dipeluk mesra. Pastikan anda mendakap erat dirinya, terutamanya pada minggu-minggu awal kehidupannya kerana ini akan membuatnya berasa selamat dan selesa ( sama ada dalam pelukan anda, pakaian atau kain selimut).
Jangan berasa takut untuk memegang bayi anda. Dia sebenarnya lebih kuat dari yang anda sangkakan. Yang perlu anda beri perhatian adalah kepalanya yang masih lagi lembut. Sehinggalah dia berusia lebih kurang 4 minggu, bayi tidak berupaya mengawal pergerakkan kepalanya. Jadi, pastikan anda sentiasa menyokong kepalanya. Apabila anda hendak meletakkannya pula, pastikan keseluruhan lengan anda menyokong tulang belakang, tengkuk dan kepalanya sehingga dia telah diletakkan dalam keadaan selamat di atas katilnya.


Panduan memandikan bayi:

1. Seelok-eloknya gunakan sebuah besen kecil. Sebelum meletakkan bayi di dalam air, periksa suhu air dengan siku anda. Ia tidak seharusnya terlalu panas atau terlalu sejuk.
2. Kesemua kelengkapan untuk mandi hendaklah diletakkan di tempat yang mudah dicapai seperti:
 Sabun dan syampu bayi
 Sehelai kain untuk mengelap bayi
 Gumpalan kapas yang bersih untuk membersihkan mata bayi
 Sehelai tuala
 Pakaian dan lampin yang bersih
3.Pastikan bilik mandi atau bilik anda sentiasa hangat. Tutup semua tingkap untuk mengelakkan tiupan angina yang kuat.
Tanggalkan semua pakaiannya dan balutkannya dengan tuala.
4. Cuci mata dan basuh mukanya terlebih dahulu.
Celupkan gumpalan kapas di dalam air suam yang telah dimasak dan bersihkan kedua-dua belah matanya. Dengan lembut, usaplah mata bayi anda bermula dari bahagian sebelah hidung kearah bahagian pinggir luar mata.
Kemudian, gunakan gumpalan kapas bersih yang lain untuk mencuci mukanya.
5.Seterusnya basuh rambut bayi. Gunakan tapak tangan anda untuk menyokong kepala dan bahagian bahu bayi. Rapatkan kepalanya dengan air mandi. Dengan lembut, cedokkan air mandi ke atas kulit kepala bayi dengan tangan anda.
Tuangkan sedikit syampu tanpa pewangi atau sabun bayi dan bilas dengan bersih. Pastikan rambutnya dikeringkan dengan baik.

6. Seterusnya tanggalkan tuala. Pangku bayi anda dengan menggunakan lengan. Pegang bahagian atas lengannya dengan ibu jari dan jari telunjuk anda. Sebenarnya, cara pegangan ini adalah untuk memastikan anda masih dapat memegang lengan bayi sekiranya bayi terlepas dari lengan anda.
7. Letakkan bayi dalam posisi separuh tegak agar bahagian bawah tubuhnya terendam di dalam air dan pastikan kepala serta bahuya tidak berada di dalam air.
Gunakan tangan anda untuk membersihkan bayi. Mulakan dengan bahagian tubuh yang paling bersih kepada yang paling kotor. Berbual-bual dan senyum dengannya ketika memandikannya.
8. Setelah bayi anda benar-benar bersih, pastikan anda sentiasa menyokong bahagian lehernya dan letakkan tangan anda di bawah punggungnya dan dengan perlahan-lahan angkat bayi anda dan balutkannya dengan tuala . Keringkannya dengan lembut.
9. Anda harus mengeringkan kawasan sekitar pangkal tali pusatnya dengan baik. Kemudian cuci pangkal tali pusat dengan ubat antiseptic atau alcohol /spirit. Biarkan kawasan sekitar pangkal tali pusat terdedah dan elakkannya dari tergesel dengan kain lampin dengan memakaikan lampin di bawah pangkal tali pusat tersebut.

 untuk memperkenalkan makanan pejal
Umur Makanan pejal yang ideal Tekstur / Rupa bentuk makanan


Pada peringkat awal-
4 bulan
Buah-buahan dansayur-sayuran dimasak; bijirin nasi tanpa gluten (diperkaya dengan zat besi)
Dikisar dan dipotong halus, ditapis, mkanan lembik dan lembut ( separa cecair)
5-6 bulan
Perkenalkan kanji atau bubur nasi yang lembik dicampur dengan daging atau kacang panjang, tauhu dan kacang pis. Jus buah-buahan yang telah dicairkan. Biskut rusk dan roti lembut ( untuk merangsang dia supaya mengunyah)
Dilenyek, dipotong nipis dan halus.
Apabila gigi telah tumbuh, perkenalkan makanan yang boleh dikunyah.
7-8 bulan
Perkenalkan bubur nasi yang lebih kasar, mee , macaroni atau meehoon yang telah dilenyek, ikan bilis yang ditumbuk lumat. Hati , daging ayam tanpa kulit, ikan bilis yang dimasak, kuning telur ( apabila usianya 8 bulan)
Tekstur makanan yang lebih kasar. Dilenyek dan ditumbuk lumat.
9-12 bulan
Mula memperkenalkan makanan yang boleh dipegang, misalnya potongan kecil buah-buahan atau sayur-sayuran yang telah dimasak.
Apabila usianya mencecah 10 bulan, bayi boleh memakan makanan yang sama seperti ahli keluarga lain.
Makanan yang mudah dipegang dengan jarinya, kepingan-kepingan kecil, emping. Makanan tidak perlu lagi dilenyek.
 
Pemberian susu melalui botol
Sentiasa pastikan susu dengan cara memegang dengan betul. Jika tidak, bayi akan menyedut udara bersama-sama dengan susu.


Penyediaan susu formula


Setelah anda memilih untuk menggunakan susu formula untuk bayi anda, ada beberapa perkara yang perlu anda patuhi, misalnya kebersihan dan cara penyediaan susu formula tersebut. Kesemua perkakas termasuklah botol, putting susu perlu dibersihkan dan disteril dengan sempurna. Anda harus mematuhi arahan yang ditunjukkan dalam jadual yang terdapat pada tin susu tersebut dalam menyediakan susu formula untuk bayi anda. Sebaik sahaja anda telah membancuhnya, berikan susu tersebut kepada bayi anda dengan segera. Susu yang tidak habis diminum, haruslah dibuang. Susu yang telah dibancuh dan diletakkan dam suhu bilik lebih daripada 1 jam adalah tidak digalakkan kerana ia boleh merangsang pertumbuhan bacteria.

 adalah beberapa sebab mengapa bayi anda menangis :
 Lapar
 Tidak sihat
 Kembung perut
 Lampin basah atau kotor
 Tidak berasa selesa
 Terlalu panas atau sejuk
 Rasa sunyi, atau bosan, ingin dibelai dan didakap
 Penat , ingin tidur
 Terkejut atau takut




pautan...........

  • http://www.jkm.gov.my/

 Taman Asuhan Kanak-Kanak Berdaftar

Suatu taman asuhan kanak-kanak yang didaftarkan di bawah Seksyen 7. Di bawah Seksyen 6(2) tiada seorang pun boleh menjalankan atau mengambil bahagian dalam pengurusan suatu taman asuhan kanak-kanak yang tidak didaftarkan dibawah peruntukan-peruntukan Akta ini.

Di bawah Seksyen 6(2) Akta 308 memperuntukan bahawa mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan.

PUSAT JAGAAN
Definisi Pusat Jagaan Berdaftar
Merupakan suatu pusat jagaan yang didaftarkan di bawah seksyen 6 Akta 506. Di bawah seksyen 5(1), tiada seorang pun boleh menjalankan atau mengambil bahagian dalam pengurusan suatu pusat jagaan yang tidak didaftarkan di bawah Akta ini.

Seksyen 5(2) memperuntukan bahawa mana-mana orang yang melanggar Subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan.


Inilah anak2 Taska prima asuhanku....tempat aku bekerja..walaupun agak penat menjaga baby tapi bagi aku inilah satu keseronokan yang aku dapat dalam hidup aku....Setiap hari ada jer telatah mereka yg mencuit hati ku.....insya allah aku akan muatkan lagi banyak pic2 anak2 kesayangan aku.....
ini amru.....time tidurlah pasti akan merengek suruh di buai dulu .....dah tidur memang tak ingat apa dah....jangan cakap mereka aku sendiri kalau dapat tidur terasa dunia aku yg punya

ini pula aleesya ....budak baru kat taska...biasalah taska...bila ada budak baru pasti menangis tak nak duduk....tapi alhambulillah sekarang dia dah agak serasi dengan taska....dulu nenek yang jaga pastilah manjanya lebih sikit



inilah pula sara....sara nie dah hampir 2 tahun jadi dah boleh berdikari.....tapi makan,minum dan mandi tetap kena dilakukan pengasuh juga




ini pula Dari ....dia dah boleh berjalan biasalah baru nak dapat lesen L.....asyik nak berjalan jer kerja dia ...bila terjatuh mulalah menangis




ini maryyam....kanak2 yang aktif.....baru 5 bulan dah boleh duduk ....tapi merangkak tak boleh lagi


ini Damia.....orgnya cantik....anak sulungl....tapi kalau menangis satu taska boleh dengar suaranya

No comments:

Post a Comment